Artikel

Sistem Tol Aliran Bebas Tanpa Palang, Dijangka Tersedia Pada 2025 Kelak

Menjelang tahun 2025, rakyat Malaysia akan memperlihatkan penerapan sistem tol aliran bebas tanpa palang (MLFF) di laluan lebuhraya negara.

Berlandaskan perkongsian Kementerian Kerja Raya (KKR) pada minggu ini – pelaksanaan tersebut adalah sebahagian daripada usaha negara mengurangkan kesesakan di laluan plaza tol.

Adanya kemudahan tersebut, kenderaan tidak lagi perlu berhenti untuk membayar tol dan ini akan meningkatkan kecekapan keluar-masuk ke lebuhraya.

Secara amnya, sistem bebas palang tol ini akan dilengkapi dengan sistem RFID bagi tindakan imbasan pembayaran bersama pengecaman nombor plat kenderaan secara automatik.

Selain ciri sedemikian, pihak kementerian kini turut memulakan proses membangunkan alat penimbang berat kenderaan bagi mengsan lori lebihi muatan – yang boleh mengakibatkan kesesakan serta kerosakan jalan raya.

Selanjutnya pelaksanaan di bawah Pelan Induk Sistem Pengangkutan Pintar ini dilihatkan kelak akan disepadukan bersama kumpulan syarikat konsesi tol bersama kesepakatan seluruh majlis perbandaran atau bandar.