Artikel

Pemasangan Lokar Sekolah Fasa Pertama, Dijangka Selesai Akhir Oktober – KPM

Bagi mengatasi permasalah isu beg sekolah pelajar yang berat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah tampil dengan inisiatif menyediakan lokar sekolah di sekolah rendah negara.

Berdasarkan tindakan, langkah pemasangan lokar menurut Menteri Pelajaran Dr Radzi Jidin hari ini (5 Oktober) akan dapat diselesaikan pada penghujung bulan ini.

Untuk fasa pertama ini, proses pemasangan lokar akan membabitkan sekolah dengan dua sesi, terutamanya melibatkan pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 terlebih dahulu.

Proses pemasangan ini turut merangkumi 600 buah sekolah bersama 240,000 unit lokar bakal tersedia.

Melalui usaha penyediaan lokar sekolah tersebut ia tidak sekadar meringankan bebanan keperluan pelajar, tetapi akan turut meningkatkan kecekapan sesi pembelajaran di sekolah ekoran keperluan buku dapat disimpan di sudut khas.