Bank Negara Malaysia (BNM), melalui Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2022 dapati nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini mencatatkankan paras 84.5% – iaitu menghampiri paras sebelum berlakunya pandemik COVID-19.
Angka tersebut secara langsung memaparkan daya tahan ekonomi rakyat negara sedang disokong pemulihan pertumbuhan yang semakin memulih.
Malah, prestasi bank-bank juga dilihat konsisten pada tindakan pemberian pinjaman dalam sektor ekonomi negara. Situasi ini membantu mengekalkan penampan bayaran balik pinjaman yang kukuh dalam kalangan isi rumah dan keupayaan mereka untuk menguruskan kesan peminjaman yang lebih tinggi serta kos-kos lain.
Selain itu bank negara turut dapati bahagian hutang isi rumah di bawah bantuan bayaran balik pinjaman telah menurun dengan ketara daripada 18.8% pada bulan Disember 2021 kepada 2.4% pada bulan Jun 2022.
Menurut BNM, pihak institusi kewangan utama terus konsisten memberi komitmen dengan penyediaan penampan peruntukan mencukupi dalam pelbagai risiko. Ada usaha tersebut ia akan berterusan meningkatkan kesejahteraan peminjam isi rumah negara depani cabaran kewangan.