Artikel

PLUS Jangka Trafik Sesak Sehingga 1.9 Juta Kenderaan Sehari – Pada 7-9 Oktober Ini

PLUS Malaysia menjangkakan sehingga 1.9 juta kenderaan bakal membanjiri laluan lebuhraya Utara-Selatan bermula Jumaat ini (7 Oktober) sehingga Isnin kelak (9 Oktober), susulan cuti bersempena Maulidur Rasul.

Makluman ini sekaligus mengingatkan orang awam akan kesesakan yang bakal timbul ketika melakukan perjalanan mereka kelak. Ini bermakna, para pemandu dinasihati untuk menambah-nilai kad Touch ‘n Go sebelum memulakan perjalanan.

Para pengguna juga diingatkan untuk turut menambah-nilai dompet digital bagi pengguna RFID dan memastikannya sentiasa mempunyai baki yang mencukupi dan tambah nilai sebelum memulakan perjalanan untuk mengelakkan kesulitan ketika keluar di plaza tol.