Pekerja negara kini menerima kebebasan dan digalakkan untuk menyertai dan menubuhkan kesatuan mengikut pilihan dalam sektor ekonomi negara.
Ini kerana sidang Dewan Rakyat pada Parlimen hari ini (5 Oktober) telah mencapai kata sepakat meluluskan Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja 2022 yang membenarkan kepelbagaian kesatuan sekerja diwujudkan pada mana-mana sektor ekonomi.
Pindaan ke atas Akta 262 – Akta Kesatuan Sekerja 1959 ini untuk makluman telah dilaksanakan oleh 15 ahli Parlimen melibatkan kerajaan dan pembangkang.
Adanya kelulusan tersebut ia secara langsung akan membantu para pekerja mengajukan penambahbaikan dan melindungi hak serta faedah pekerja menjadi lebih baik secara berperingkat.