Artikel

Terengganu, Kedah Catat Purata Gaji Penduduk Negeri Masih Di Bawah RM2,500

Tatkala 6 buah negeri bersama Wilayah Persekutuan telah berjaya lepasi paras purata gaji di peringkat kebangsaan iaitu RM3,037. Namun masih terdapat beberapa negeri yang mencatatkan paras purata gaji lebih rendah, di bawah RM2,500.

Data tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Statistik Gaji dan Upah 2021 ini menunjukkan Terengganu dan Kedah antara negeri yang mencatatkan tahap purata gaji paling rendah dengan masing-masing RM2,490 dan RM2,465.

Berdasarkan perbandingan kedua buah negeri ini seperti Terengganu sekadar mengalami peningkatan purata RM66, manakala Kedah pula mengalami pertambahan purata RM41.

Ini berbeza dengan kenaikan purata gaji yang diperlihat pada negeri Perak yang berjaya meningkatkan peningkatan purata gaji sebanyak RM145 kepada RM2,608.

Meskipun begitu, pretasi kenaikan purata gaji Terengganu dan Kedah kekal memaparkan peningkatan walaupun pada angka yang rendah. Ini kerana negeri Perlis memaparkan purata gaji menurun daripada RM2,596 keapda RM2,588.