Artikel

6 Juta Penduduk Selangor Kini Ditawar Skim Insurans Percuma – Perlindungan Sehingga RM10,000

Bermula 1 Oktober lalu, kerajaan negeri Selangor telah membuka tawaran Skim Insurans percuma dengan perlindungan sehingga RM10,000 kepada 6 juta penduduk negerinya.

Ini bermakna penawaran skim sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan negeri.

Pembukaan tawaran tersebut menuntut pendaftaran oleh penduduk negeri dengan melampirkan nombor kad pengenalan atau alamat yang didaftarkan penduduk di Selangor.

Langkah mendaftar itu dapat dilaksanakan melalui aplikasi dompet digital Wavpay, yang boleh di muat turun pada aplikasi App Store dan Google Play.

Apa yang menarik, penawaran skim ini tersedia buat penduduk negeri Selangor yang berusia bermula 30 hari sehingga 80 tahun. Maka untuk mengetahui maklumat lanjut penduduk Selangor boleh layari pautan WavPay bagi perincian seterusnya.