ShopeePay, medium dompet digital di bawah platform e-dagang aplikasi Shopee ketika ini telah menyertakan ciri sokongan DuitNow Transfer pada aplikasi mereka.
Ini bermakna pengguna ShopeePay boleh melakukan penghantaran kepada individu lain pada aplikasi.
Berdasarkan pengamatan penulis, ciri ini telah mula tersedia sejak awal September lalu. Di mana para pengguna boleh menggunakannya dengan pergi ke bahagian ShopeePay > Transfer > pilih DuitNow Tranfer > masukkan ID DuitNow mengikut pilihan pengguna sama nombor telefon, nombor akaun, kad pengenalan diri, pasport atau nombor pendaftaran perniagaan.
Menerusi sokongan tersebut, proses transaksi dapat dilaksana secara terus sepertimana pengalaman pemindahan dana pada aplikasi perbankan yang dijalankan oleh para pengguna.