Artikel

Diskaun Khas Pinjaman PTPTN Bakal Diumumkan Kelak

Tidak lama lagi potongan diskaun membabitkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diumumkan kelak.

Makluman Perdana Menteri Ismail Sabri, ini memberi gambaran pengumuman tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, ia bertujuan untuk meringankan bebanan golongan belia negara.

Sehingga Jun lalu, lebih 2 juta peminjam PTPTN telah berjaya melunaskan bayaran balik pinjaman mereka dengan kutipan berjumlah RM17.8 bilion.

Melalui penawaran potongan ini ia akan meningkatkan nilai kutipan negara, disamping membantu mengurangkan tekanan pinjaman pembiayaan peminjam PTPTN.