Artikel

Sekitar 46.2% Anak Muda Malaysia Terima Gaji Bawah RM2,500 – PM Ismail

46.2% anak muda Malaysia kini didapati sekadar memiliki jumlah pendapatan bulanan bawah RM2,500.

Menyedari ketirisan tersebut, Perdana Menteri Ismail Sabri pada sidang Idea Bina Negara hari ini (4 Oktober) memaklumkan pentabiran persekutuan akan menggandakan pelbagai inisiatif sokongan untuk membantu anak muda menangani isu sedemikian.

Antaranya menawarkan insentif tambahan kepada perusahaan dan majikan untuk membantu mereka menampung penyertaan pekerja muda negara.

Misalnya insentif yang telah dikuat kuasakan – penyediaan insentif berjumlah RM900 sebulan diperkenalkan ke atas majikan untuk menggaji kemasukan pekerja berusia 18 tahun hingga 30 tahun, diikuti penawaran pelan pembiayaan RM150 juta kepada golongan belia yang ingin ceburi arena perniagaan turut dilaksanakan.

Malah pentadbiran negara terus memperluaskan skop penawaran pekerjaan dengan peruntukan RM4.8 bilion bersama 600,000 peluang baharu buat pemohon pekerja negara di bawah JaminKerja.

Adannya usaha inisiatif ini, PM Ismail melihat ia secara langsung akan menyokong aliran tunai pekerja muda negara meningkatkan pendapatan mereka dan usaha tersebut dimaklumkan akan digandakan secara berperingkat.