Artikel

66% Pekerja Malaysia Akui Miliki Pendapatan Tambahan, Susulan Tekanan Kos Sara Hidup

Memahami ketidaktentuan ekonomi semasa, ditambah tekanan kos sara hidup yang terus memuncak bersama paras inflasi di Malaysia ketika ini – mencecah 4.7%, rakyat Malaysia mula menggandakan pendapatan mereka dengan pada pelbagai medium.

Perkongsian tinjaun EmploymentHero bersama Rnggt hari ini (4 Oktober) menunjukkan lebih 66% pekerja di Malaysia akui miliki pendapatan tambahan.

Ini perincian bagaimana pekerja di negara meningkatkan pendapatan bulanan mereka;

  • 37% pekerja terlibat dalam pelaburan saham atau arena kriptowang
  • 36% pekerja lakukan pekerjaan sampingan atau laksana kerjasama perniagaan lain
  • 21% pekerja terlibat dalam pelaburan berkaitan hartanah
  • 33% pekerja pula tidak memiliki sebarang pendapatan tambahan

Melihat pada perincian itu, sekitar 50% pekerja belia Malaysia yang berusia antara 18 tahun sehingga 24 tahun menunjukkan kecenderungan mereka untuk memiliki kerja sampingan bagi meningkatkan pendapatan.

Pada kategori ini, secara keseluruhannya pekerja negara menyedari tekanan ekonomi semasa memerlukan penyertaan mereka dalam pelbagai pelaburan. Ia tidak sekadar meningkatkan kesejahteraan wang tetapi turut membantu pasaran negara.