Shopback, salah satu penyedia platform pulangan tunai dan juga diskaun, kini mengumumkan telah meraih suntikan dana pelaburan baharu berjumlah $80 juta.
Suntikan dana pelaburan baharu ini menilaikan syarikat tersebut kepada hampir $1 bilion.
Shopback menyatakan akan menggunakan dana baharu ini dalam menambah ciri-ciri produk baharu untuk pengguna, selain turut membangunkan penyelesaian pembayaran untuk peruncit.
Disamping itu, dana juga akan digunakan sebagai persiapan untuk penyenaraian awam syarikat tersebut.