Ambank bersama Merchantrade Asia kini telah melaksanakan penawaran dompet digital yang membolehkan pengguna nikmati manfaat pada akaun semasa hAmbank Islamic dengan jumlah had gabungan sekitar RM50,000.
Gabungan akaun semasa hibrid Ambank Islamic ini akan memperlihatkan integrasi bersama dompet digital Merchantrade Money, dengan sokongan DuitNow.
Di mana ia akan membangunkan penyelesaian pembayaran rentas sempadan pelbagai mata wang di pasaran negara – sekaligus memacu kecekapan ke atas perniagaan dan pelanggan runcit.
Menerusi langkah ini juga ia tidak sekadar meningkatkan penerapan digitalisasi kewangan tetapi turut menggalakkan lebih ramai pengguna mendapatkan perkhidmatan di Ambank.
Bagi peringkat awal, kedua-dua kumpulan menyasarkan sekitar 10,000 pelanggan baharu bakal mendaftar menjelang akhir tahun 2022.