Artikel

Kualiti Jalan Raya Di Malaysia Ke-12, Antara Teruk Di Dunia – Kajian

Dapatan Zutobi, firma pendidikan berkaitan pemandu atas talian global kini menetapkan kedudukan kualiti jalan raya di Malaysia pada tangga ke-12, antara yang terteruk di dunia.

Kedudukan ini telah didorong atas aspek penurunan 5% kualiti jalan raya negara dalam tempoh 5 tahun ini. Diperhatikan terdapat lebih 22 kematikan trafik jalan raya bagi setiap 100,000 kes berlaku di lebuh raya Malaysia.

Rekod itu secara langsung meletakkan Malaysia, sebagai negara kedua tertinggi memiliki jumlah kematian trafik selepas Arab Saudi.

Berlandaskan pengamatan ke atas 59 buah negara ini, Malaysia di tangga ke-48 dan menjadi 12 negara terburuk untuk kualiti jalan raya. Sementara Singapura pula kekal ungguli tangga pertama, memiliki kualiti jalan raya yang terbaik berbanding Belanda (2), Switzerland (3) dan Jepun (4).