Seperti yang umum sedia maklum, kelas pendapatan di Malaysia telah diklasifikasikan kepada 3 kumpulan – merangkumi kelas B40, M40 dan T20.
Dan di bawah kelas pendapatan ini terdapat pecahan pada paras pendapatan mengikut kelas masing-masing, seperti rujukan 2020 di bawah.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed pada sidang Parlimen hari ini (3 Oktober) menjelaskan, bermula pertengahan Oktober ini semakan kelas pendapatan tersebut akan dilaksanakan semula.
Di mana pentadbiran negara akan mengambilkira akan perubahan aspek pendapatan semasa, melibatkan kesan kos sara hidup serta aliran ekonomi rakyat Malaysia ketika ini.
Disasar semakan di bawah Kajian Separuh Penggal RMK-12 tersebut akan dapat tersedia menjelang suku pertama tahun 2023, tahun hadapan kelak.
Apa yang membimbangkan sidang turut mendedahkan sekitar 600,000 isi rumah kelas M40 telah ditakrifkan jatuh ke dalam kategori B40. Susulan kesan pandemik COVID-19.
Setakat ini mengikut tinjauan – didapati kelas pendapatan negara;
- B40 meliputi 2.91 juta isi rumah memiliki pendapatan kurang daripada RM4,850
- M40 meliputi 2.91 juta isi rumah memiliki pendapatan antara RM4,850-RM10,959
- T20 meliputi 1.46 juta isi rumah pula memiliki pendapatan sekitar RM10,960 ke atas
Adanya penelitian semula pengelasan ini, ia penting untuk membantu pentadbiran negara meningkatkan kualiti agihan bantuan dari semasa ke semasa mengikut kumpulan tertentu.