Artikel

SPRM Dapati Jumlah Pelaku Rasuah Wanita Di Malaysia, Semakin Melonjak

Statistik Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menunjukkan jumlah pembabitan wanita dalam isu rasuah semakin meningkat, dengan penahanan sekitar 824 wanita.

Lonjakan penyertaan ini, mengikut laporan memperlihatkan kumpulan tersebut terdiri daripada wanita yang memiliki jawatan tinggi, miliki kuasa dan peranan besar dalam sesebuah firma.

Antara penjelasan berhubung penahanan jumlah tersebut, meliputi;

  • 308 wanita ditahan ekoran kes tuntutan palsu
  • 249 wanita menerima rasuah
  • 90 wanita memberi rasuah
  • 82 wanita pula menyalahguna kuasa

Selebihnya diklasifikasikan terlibat kes berkaitan aktiviti rasuah yang lain. SPRM pada masa yang sama menjelaskan daripada jumlah tersebut, sekitar 356 wanita telah dituduh di mahkamah dalam tempoh 2017 sehingga Ogos 2022.