Artikel

WISE Ingin Tingkatkan Kesejahteraan Wang – Didik Pengguna Elak Kos Tersembunyi

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, aliran membeli-belah secara dalam talian menjadi semakin popular kerana ia membolehkan kita membeli pelbagai barangan dengan hanya beberapa klik pada peranti pintar kita. Pun begitu, ramai rakyat Malaysia masih terdedah kepada fi tersembunyi dan caj yang tidak adil apabila melakukan pembelian, perlancongan, dan pemindahan dana antarabangsa.

Maka disinilah terdapat beberapa sebab yang dikongsikan WISE bersama Rnggt – yang boleh membantu para pengguna menjimatkan wang dan meningkatkan kesejahteraan aliran tunai mereka melalui pemilikan akaun mata wang asing bersama WISE.

Mudahkan Pengguna Berbelanja Guna Mata Wang Asing

Apabila pandemik melanda, ramai rakyat negara ini beralih daripada berbelanja di pusat beli-belah kepada kedai atas talian, sama ada kedai tempatan mahupun antarabangsa.

Bagaimanapun, transaksi begini boleh mengecewakan apabila kita berdepan dengan fi tersembunyi dan kadar tukaran yang tidak menentu. Oleh itu, cara terbaik bagi menangani perkara ini ialah dengan memilih untuk membayar dalam mata wang negara di mana anda membeli – di sinilah akaun mata wang asing anda akan memainkan peranannya. Membayar seperti orang tempatan untuk menjimatkan fi tambahan dan mendapatkan kadar tukaran yang lebih baik.

Bantu Pengguna Atur Perbelanjaan Ketika Melancong Ke Luar Negara

Situasi pandemik yang semakin reda mendorong banyak negara untuk membuka sempadan mereka — keputusan yang mengujakan ramai rakyat Malaysia ini telah mendorong rakyat negara mengatur pelan untuk melancong.

Maka terdapat kepentingan untuk semua pengguna memiliki kad mata wang asing untuk membantu anda berbelanja dalam pelbagai mata wang tidak kira di negara manapun anda berada, dengan kadar tukaran yang lebih baik, dan biasanya lebih rendah daripada bank tradisional anda.

Pengguna tidak perlu khuatir tentang isu penipuan kerana aliran tunai akan terus terkawal apabila menggunakan akaun mata wang asing, dengan notifikasi transaksi yang pantas dan boleh membekukan kad anda serta-merta.

Malah pengguna juga dapat berbelanja seperti orang tempatan kerana anda boleh menggunakan kad itu untuk mengeluarkan wang daripada akaun mata wang asing anda di ATM di seluruh dunia.

Tidak Sekadar Penjimatan Berbelanja, WISE Sedia Ciri Kemasukan Mata Wang Asing

Bekerja secara bebas adalah antara cara terbaik untuk menyokong gaya hidup yang tidak terikat dengan kerja pejabat yang tradisional. Bagi orang awam, ia juga adalah peluang untuk bekerja dalam syarikat yang menarik di negara yang berbeza.

Tetapi timbul satu persoalan, bagaimana bayaran yang diterima? Kebanyakan syarikat berusaha membayar pekerja bebas mereka dalam mata wang tempatan. Jadi, di sinilah terletaknya kepentingan akaun mata wang asing, yang membolehkan pelanggan menerima gaji dan pembayaran invois dalam mata wang tempatan mereka, yang boleh ditukarkan ke mata wang tempatan pelanggan untuk digunakan.

Maka tiada lagi fi bank yang tinggi atau kadar tukaran wang yang tidak adil untuk kedua-dua belah pihak!

Urusan Aset Luar Negara Dapat Dilaksana Secara Jarak Jauh

Sebaik anda membeli aset di luar negara, anda akan berfikir tentang cara yang paling sesuai untuk membayar utiliti, cukai, dan lain-lain fi mandatori.

Untuk mentafsir caj yang tidak pasti dan tersembunyi yang dikenakan apabila melakukan pemindahan wang melalui bank memang boleh membuatkan kita berasa tertekan. Tambahan, tiada siapa yang mahu membayar lebih daripada sepatutnya, kerana ia hanya akan menyebabkan kerugian wang.

Inilah hakikatnya jika pengguna membeli aset sebagai pelaburan dan menjadikannya sebagai Airbnb atau ruang acara untuk disewa. Satu pilihan yang bagus untuk menguruskan aset begini ialah dengan memiliki akaun mata wang asing, di mana pengguna boleh membayar dan menerima bayaran dalam mata wang tempatan, dan kemudian menukarnya ke dalam mata wang yang diinginkan apabila mendapat kadar tukaran yang baik. Ia mempermudahkan urusan dan memadamkan kerumitan pengurusan aset —  selain menjimatkan wang.