Artikel

Bilangan Penduduk Bekerja Di Malaysia Naik – Kini Seramai 15.98 Juta Individu

Pasaran buruh Malaysia terus menunjukkan perkembangan yang positif – apabila alami peningkatan 4.5% jumlah penduduk bekerja di negara kepada 15.98 juta individu.

Data setakat Julai 2022 pada Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia ini jelas menunjukkan pertumbuhan buruh negara terus diperkasakan dari semasa ke semasa. Angka itu turut disokong dengan paras pengangguran sekitar 3.7% pada tempoh yang sama.

Pada laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang sama turut memperincikan ekonomi kekal menunjukkan aliran positif atas faktor pertumbuhan yang menggalakkan dalam pengeluaran domestik dan sektor luaran.

Di mana untuk Sektor Luaran, permintaan eksport telah meningkat 48.2% kepada RM141.3 bilion diikuti import turut meningkat 67.6% kepada RM124.4 bilion pada rekod Ogos lalu.

Sementara Pengeluaran Domestik pula menunjukkan pengeluaran kelapa sawit dengan 3.8% kepada 8.86 juta tan metrik, diikuti nilai jualan borong dan runcit dengan 41% kepada RM130.7 bilion, indusri (IPP) dengan 12.5%, dan pembuatan dengan 23.8% kepada RM148.4 bilion.

Namun terdapat penurunan pada pengeluaran getah asli sekitar -21.8% kepada 38,006 tan metrik.