Artikel

Malaysia Di Tangga Ke-36 Pada Indeks Inovasi Global – Terajui Segmen Eksport Berteknologi Tinggi

Walaupun kedudukan negara sedikit menyusut di tangga ke-36 pada Indeks Inovasi Global daripada 132 buah negara, namun Malaysia berjaya mengungguli segmen eksport berteknologi dan eksport barangan kreatif.

Malah pada laporan yang dikeluarkan World Intellectual Property Oraganization (WIPO) ini juga turut memperincikan negara tampil antara negara yang paling berinovatif selain China serta Bulgaria.

Bagi pasaran ASEAN pula, negara terus berada kedudukan kedua selepas Singapura.

Melihat pada perkembangan prestasi Malaysia, masih terdapat kekangan yang didepani negara untuk meningkatkan kecekapan inovasi. Khususnya melibatkan tahap pelaburan.

Adanya pengukuhan pada aspek tersebut, ia secara langsung akan membantu prestasi negara dalam landskap inovasi teknologi – antaranya melibatkan peningkatan peruntukan pada industri penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengkomersialan dan peluang pelaburan lain.