Artikel

Duit Syiling Ukiran Potret Raja Charles III – Kini Dilancarkan

Setelah tamatnya era pimpinan Ratu Elizabeth II pada awal September lalu – kini Royal Mint Britain mula mendedahkan ukiran potret rasmi Raja Charles III pada duit syiling Britain.

Hasil ukiran Martin Jennings ini telah mendapat kelulusan daripada Raja Charles sendiri.

Berdasarkan pelaksanaan tersebut, pengeluaran duit syiling ini akan dilakukan bersama duit syiling bernilai £5 dan 50 pence dengan ukiran dua potret baharu milik Ratu Elizabeth II. Ia akan dihasilkan Britain dalam tempoh beberapa bulan mendatang.

Buat pengetahuan umum, potret ini memperlihatkan posisi yang berbeza di Raja Charles menghadap ke kiri iaitu bertentangan dengan mendiang ratu. Pada pengeluaran syiling baharu itu juga turut memperlihatkan ukiran teks King Charles III, by the Grace of God, Defender of the Faith.