Artikel

Melalui Aplikasi MAE – Pengguna Kini Boleh Muat-Turun Penyata Bulanan Akaun Simpanan, Kad Kredit

Setelah menyertakan kemudahan memuat-turun penyata bulanan akaun simpanan melalui Maybank2u – kini ciri tersebut turut ditambah pada aplikasi MAE.

Ini bermakna para pengguna MAE boleh memuat-turun terus penyata bulanan pada akaun simpanan anda, termasuklah penyata kad kredit Maybank anda.

Dengan hanya memasuki aplikasi MAE, dan pergi kepada bahagian akaun simpanan – pengguna dapat melihat butang View Statements dan dapat memilih tahun serta bulan untuk tindakan memuat-turun penyata bulanan anda.

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan Rnggt, penyata bulanan yang tersedia untuk tahun 2022 adalah bermula Mac lalu sehingga penyata terkini.

Sementara bagi penyata kad kredit pula, pengguna boleh pergi ke bahagian kad dan melaksanakan tindakan yang sama dengan memilih butang View Statements.