Artikel

OPR Mungkin Naik – Dijangka Sehingga Paras 3.50%

Fasa pemulihan ekonomi Malaysia ketika ini – secara langsung bakal mengembalikan persekitaran negara seperti sebelum hadirnya penularan wabak COVID-19.

Termasuklah paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang sebelum ini rendah, kelak terdapat kemungkinan dinaikkan semula sehingga paras 3.50%.

Jangkaan kenaikan mengikut pemerhatian HSBC Global Research pasa laporan Asian Economics Quarterly ini menyasarkan akan berlakunya 3 kenaikan OPR pada separuh pertama 2023 kelak. Dengan kenaikkan setiap 25 mata asas (bps).

Tindakan tersebut berkemungkinan didorong hasil tindak balas bank negara untuk melandaikan tekanan inflasi dan jangkaan perkembangan ekonomi yang lebih perlahan pada tahun hadapan.

Setakat ini Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan paras OPR selama 3 kali berturutan dan kini paras OPR di Malaysia ialah 2.50%. Di mana sejak Mei, BNM telah mula menaikkan paras OPR kepada 2.00% – tidak lagi berpegang pada paras 1.75%.

Buat pengetahuan umum, meskipun paras inflasi negara iaitu ketika ini 4.7% untuk Ogos 2022 masih lagi diklasifikasikan sebagai rendah berbanding negara luar, namun semua pihak perlu bersedia akan tekanan kos semasa. Ini kerana aliran inflasi dilihat kekal meningkat walaupun dengan pertambahan angka kecil.