Artikel

Apple Pay Kini Menambah Sokongan Untuk Kad American Express Keluaran Maybank

Apple Pay sedia diperkenalkan di Malaysia sebelum ini dengan sokongan kepada beberapa kad keluaran bank terpilih, iaitu untuk kad Mastercard dan juga Visa.

Hari ini, Apple Pay memperluaskan lagi sokongan, dan turut menambah kebolehan memautkan kad American Express keluaran Maybank ke perkhidmatan pembayaran tersebut.

Bagi anda yang menggunakan peranti Apple seperti iPhone dan Apple Watch, kini turut boleh menambah kad American Express keluaran Maybank – dan menggunakannya dalam melakukan pembayaran di sejumlah kedai terpilih seluruh negara.