Grab hari ini berkongsi perkembangan syarikat mereka, termasuk penyata kewangan untuk suku tahunan yang terkini.
Melalui perkembangan terkini, Grab mengatakan 1 daripada 20 orang di Asia Tenggara kini menggunakan Grab setiap bulan – termasuk untuk makan, seru-pandu dan juga pembayaran.
Grab turut mengatakan 62% daripada pengguna mereka menggunakan dua atau lebih perkhidmatan dibawah Grab pada suku kedua 2022 ini.
Selain membantu menyelesaikan permintaan pengguna, Grab juga turut membantu sejumlah besar “rakan” menjana pendapatan melalui platform Grab.
Bergerak kehadapan, Grab dilihat turut memberikan fokus kepada perkhidmatan kewangan dan juga bank digital. Grab juga menyasarkan untuk menambah 40% lebih rakan peruncit pada platform mereka, berbanding 2020 lepas – melalui pengenalan automasi pada penyertaan platform.
Secara keseluruhan, Grab menyasarkan untuk mencapai titik pulang modal untuk kumpulan keseluruhan menjelang pertengahan kedua 2024 kelak.