Grab, penyedia yang terkenal dengan perkhidmatan seru-pandu dan juga penghantaran makanan, kini berkongsi mengatakan akan melancarkan bank digital di Malaysia dan Indonesia pada tahun hadapan, 2023.
Pada hari ini, Grab sedia mengoperasikan bank digital mereka di Singapura, dinamakan sebagai GXS Bank.
Untuk makluman, Grab merupakan salah satu daripada konsortium yang menerima lesen perbankan digital di Malaysia – yang telah diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada lima pihak.
Pada perkongsian sama, Grab menyasarkan untuk perkhidmatan perbankan digital mereka mencapai titik pulang modal menjelang 2026 kelak.