CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank kini memaklumkan pada notis operasi perbankan bahawa bermula 17 Oktober kelak, pihaknya akan menggabungkan 12 cawangan bank – melibatkan di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Sarawak.
Ini bermakna terdapat 12 cawangan akan ditutup dan digabungkan bersama 12 cawangan bank sedia ada yang terpilih. Pendekatan itu sekaligus membentuk 12 cawangan gabungan baharu buat perkhidmatan pengguna.
Berlandaskan perincian notis, 12 cawangan yang akan alami gabungan itu akan memperlihatkan 3 cawangan di Kuala Lumpur, 5 cawangan di Selangor, 1 cawangan di Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Sarawak.
Menerusi perubahan ini, para pengguna tidak khuatir ini kerana nombor akaun sedia ada bagi setipa urusan perbankan masih dapat dilaksanakan di cawangan baharu seperti biasa. Oleh itu, diharap melalui pmberitahuan ini, semua pengguna CIMB peka akan peralihan cawangan yang terlibat.
Langkah ini bagi memastikan urusan perbankan pengguna menjadi lebih mudah dan teratur.