Artikel

Carsome Kini Turut Memberhentikan Sebilangan Pekerja – Dianggarkan 10% Terkesan

Carsome, pengendali jualan kenderaan terpakai secara atas talian di rantau Asia Tenggara kini dimaklumkan laksana pemberhentian sebilangan pekerja.

Meskipun unicorn negara ini di awal tahun telah melaksanakan perluasan petugas – namun sebaliknya berlaku pada ketika ini. Mengikut laporan TechWire Asia, langkah ini mungkin adalah tindak balas operasi berhubung status ekonomi semasa – yang dijangka akan berkembang lebih perlahan pada tahun hadapan, 2023.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Carsome berserta jumlah pekerja yang bakal terkesan akan pemberhentian petugas itu.

Malah, pihak pengurusan juga turut memaklumkan menurut sumber – akan mengambil potongan gaji sehingga penghujung tahun 2022 ini. Ternyata tindakan yang sama turut dilaksanakan Carsome, seperti mana firma teknologi yang lain.