Artikel

CIMB Akan Menamatkan Penggunaan SMS TAC Sepenuhnya Pada Awal 2023 – Guna SecureTAC Sepenuhnya

Selari daripada pengumuman pihak Bank Negara Malaysia, selepas Maybank mengumumkan akan menamatkan penggunaan SMS TAC, kini CIMB turut mengumumkan mereka akan menamatkan penggunaan TAC SMS pada suku pertama 2023 kelak.

Dengan peralihan ini, pengguna akan perlu mengesahkan sesuatu transaksi menggunakan ciri SecureTAC melalui aplikasi CIMBClicks.

Pada hari ini sendiri, CIMB sedia mengetengahkan penggunaan SecureTAC, dan pilihan SMS hanya ditawarkan sekiranya tiada peranti untuk SecureTAC.

Disamping itu, CIMB juga mengatakan akan mengehadkan penggunaan satu peranti sahaja untuk tujuan pengesahan transaksi oleh pengguna – seawal Oktober 2022 ini.