Artikel

Kos Barangan Pengeluar Semakin Menurun Kepada 6.8% – DOSM

Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur harga barangan di pintu kilang terus paparkan prestasi menyederhana dengan mencatatkan 6.8% pada Ogos 2022 berbanding 7.6% direkodkan pada Julai 2022.

Prestasi ini telah menurun selama 3 bulan berturutan. Walaupun menurun ia secara tidak langsung kekal mempengaruhi ketidakseimbangan harga pengguna semasa.

Mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kenaikan IHPR ini disumbang oleh indeks Pembuatan dengan 9.4%, disokong kenaikan Perlombongan meningkat 5.8%. Sementara indeks Pertanian, Perhutanan dan Perikanan merekodkan penurunan -10.6%.

Malah, indeks Bahan Mentah juga turut menurun sebanyak -0.5%, diikuti indeks Bahan Bukan Makanan Kecuali Bahan Api (-16.3%), indeks Bahan Api yang Diproses & Pelincir (17.1%), Bahan dan Komponen untuk Pembuatan (10.3%) dan Bekalan (9.5%). Indeks Barang Siap mencatatkan peningkatan pada Ogos 2022 dengan 2.9% (Julai 2022: 2.4%), disokong oleh peningkatan dalam indeks Makanan Pengguna Siap (7.4%).

Melihat pada peningkatan indeks pengeluar ini, selain Malaysia beberapa negara lain turut memaparkan penurunan. Antaranya seperti Amerika Syarikat (AS) dengan 8.7%, diikuti UK (16.1%), China (2.3%), Thailand (10.2%), Korea (8.4%) dan Jepun kekal sama (9.0%).