Artikel

Pelitup Muka Tidak Lagi Wajib Di Masjid, Surau – Di KL, Labuan Dan Putrajaya Mulai 30 September Ini

Selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melonggarkan pemakaian pelitup muka ketika menaiki kapal terbang – kini pemakaian pelitup muka turut tidak lagi wajib di masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan bermula 30 September ini.

Langkah ini menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdulla Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selari dengan penelitian situasi kesihatan semasa, yang membolehkah pilihan pemakaian pelitup muka di beri kepada orang awam ketika di rumah ibadah.

Bagaimanapun KKM terus bertegas menyarankan amalan pemakaian pelitup muka dilaksanakan oleh kumpulan sedemikian;

  • Individu yang bergejala seperti batuk, demam
  • Individu berisiko tinggi seperti warga emas, memiliki penyakit kronik
  • Individu yang hadir bersama dua ketaegori di atas, untuk menjamin kesejahteraan bersama

Maka menerusi makluman ini, diharap semua pihak peka akan pelaksanaan semasa dan sentiasa mengamalkan rutin hidup sihat untuk terus menangani penularan COVID-19.