Artikel

Unit MyMudah Bakal Tersedia Di Semua Kementerian – Sasar Pacu Daya Saing Industri

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan dasar ekonomi negara terus teratur, pentadbiran Malaysia kini menyasarkan penubuhan unit MyMudah di seluruh kementerian sehingga akhir 2022 ini.

Unit tersebut mengikut kesepakatan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bertujuan melaksanakan semakan peraturan, menambahbaik persekitaran ekonomi dan melonjakkan produktiviti serta daya saing industri negara.

Maka penubuhan unit ini dapat meningkatkan kecekapan operasi kerajaan dari sokongan ekonomi dan turut memperkasakan penyampaian akses kebajikan ke atas rakyat Malaysia.

Setakat September ini, terdapat 9 daripada 27 kementerian dan 19 daripada 269 agensi negara telah membentuk unit MyMudah secara rasmi. Kelak orang awam turut akan melihat peranan pemudahcaranya bersama kerajaan negeri, PBT dan pemain persatuan perniagaan di Malaysia.