Selari dengan matlamat menambahbaik jejak karbon syarikat – DHL Express kini mengumumkan langkah awal syarikat menggunakan kenderaan penghantaran elektrik di Malaysia.
Peralihan kenderaan ini dilihat berupaya memberikan penjimatan kos sehingga 48% kepada kos penyelenggaraan jenama.
Setakat 6 kenderaan penghantaran elektrik telah diaktifkan, melibatkan penghantaran jarak jauh di seluruh Lembah Klang dan dapat digunakan mulai Oktober kelak dengan lokasi terawal penghantaran di Kuala Lumpur dan Selangor.
Penerapan tersebut akan dilanjutkan dengan penambahan 55 kenderaan penghantaran elektrik menjelang tahun 2023. Ini secara langsung akan menunjukkan ketersediaan EV DHL Express sebanyak 61 buah unit pada tahun hadapan.
Melaui usaha peralihan ini ia secara langsung turut membantu DHL Express melandaikan risiko alam sekitar pada industri logistik. Untuk makluman, arena logistik menjana sekitar 3.5 bilion tan pelepasan CO2 pada setiap tahun. Dan situasi tersebut wajar diubah dengan peralihan ke EV.