Artikel

Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan Ketika Menaiki Kapal Terbang – KKM

Setelah meneliti berdasarkan penilaian situasi COVID-19 semasa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memaklumkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang.

Pelaksanaan ini berkuat kuasa serta-merta, bermula pada hari ini (28 September).

Bagaimanapun KKM amat menggalakkan pemakaian pelitup muka terus diamalkan bagi;

  • Individu yang bergejala
  • Individu berisiko tinggi seperti warga emas, penyakit kronik atau memiliki imuniti rendah, ibu mengandung
  • Individu yang mengembara bersama kumpulan berisiko tinggi

Tindakan kelonggaran ini untuk makluman semua pihak adalah selari dengan syor kesihatan di negara-negara lian seperti AS, Kesatuan Eropah, UK, Singapura dan beberapa lain.