Artikel

Tinggal 2 Hari Sahaja Lagi – Untuk Guna Wang Kertas £20, £50 Sebelum Ditamatkan 30 September

Seperti yang umum sedia maklum, selepas 30 September – Bank of England akan menarik status sah wang kertas Pound Sterling bagi £20 dan £50.

Langkah itu bertujuan untuk memacu pertukaran wang kertas kepada wang kertas polimer. Tindakan tersebut tidak sekadar ingin menjadikan wang kertas polimer sebagai wang kertas sah tetapi turut berperanan menangani isu pemalsuan wang.

Ini bermakna, hanya tinggal 2 hari sahaja lagi – untuk para pengguna yang masih memiliki wang kertas £20 dan £50 – menggunakannya atau mendepositkan wang tunai tersebut ke dalam bank atau pejabat pos berdekatan anda.

Meskipun pengeluaran wang kertas polimer telah dilaksanakan namun masih terdapat lebih £6 bilion wang kertas bernilai £20 di pasaran dan lebih £8 bilion pula bernilai £50 di pasaran.

Diharap semua pengguna ambil perhatian akan makluman penamatan status sah wang kertas tersebut, bagi menjamin menjamin nilai tunai anda.