Grab Holdings, firma teknologi di rantau Asia Tenggara ketika ini optimis bahawa kumpulan berupaya merekodkan pulangan modal menjelang tahun 2024 kelak.
Perkongsian sasaran pada Hari Pelabur Grab (27 September) ini setelah kumpulan meneliti segala faktor melibatkan kedudukan ekonomi dunia, tekanan kos operasi serta perolehan baharu pada kerjasama yang sedang dilaksanakan – segala faktor ini membawa kepada peningkatan kecekapan operasi tidak lama lagi.
Antara keuntungan dapat dicapai adalah pada segmen penghantaran pada suku kedua 2023 dengan kestabilan margin sekitar 3%, diikuti pelaksanaan bank digital yang baru dilancarkan sebelum ini dijangka beroleh keuntungan pada 2026 kelak.
Manakala segmen perkhidmatan seru-pandu pula, Grab kekal positif segmen tersebut bakal meraih keuntungan berterusan. Setakat dua suku pertama tahun 2022, terdapat pengukuhan margin dengan 12% kepada pertumbuhan kumpulan.
Lebih menarik, Grab turut berkongsikan pihaknya ketika ini secara keseluruhan menggunakan GrabMaps pada seluruh perkhidmatannya. Melalui teknologi pemetaan ini ia secara langsung memberi penjimatan kepada kos operasi tanpa memerlukan sokongan pemetaan pihak ketiga.
Berdasarkan sasaran pendapatan menyeluruh, Grab menjangkakan tahun ini kumpulan berpotensi mencapai perolehan sehingga $1.3 bilion, melebihi 85% daripada pertumbuhan tahun 2021.