Artikel

LHDN Membenarkan Bayaran Cukai Pegangan Bernilai Kecil Ditangguh – Mulai 1 Ogos Ini

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kini memaklumkan terdapat penangguhan bayaran cukai pegangan bernilai kecil bagi pendapatan royalti, faedah dan pendapatan kelas khas akan dikuat kuasakan mulai 1 Ogos kelak.

Bagi memudahkan pembayar untuk laksanakan bayaran cukai pegangan beramaun kecil yang perlu dilakukan secara berulang – LHDN kini telah membenarkan penangguhan bayaran bagi kategori pendapatan berikut;

  • Pendapatan faedah atau royalti yang dibayar kepada penerima tidak bermaustatin di bawah Seksyen 109, ACP 1967
  • Pendapatan tertentu kelas khas yang dibayar kepada penerima tidak bermastautin di bawah syeksen 109B, ACP1967

Sementara itu, ini pula situasi yang layak dibenarkan penangguhan bayaran cukai pegangan – dilakukan sekali dalam setiap tempoh 6 bulan;

  • Amaun bayaran cukai pegangan adalah bernilai kecil, tidak lebihi RM500 bagi sesuatu transaksi bayaran dan
  • Pembayar mengetahui bayaran cukai pegangan berkenaan akan dilakukan sebanyak lebih dari sekali dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan iaitu dalam tempoh 6 bulan berkenaan

Maka untuk memahami penjelasan lanjut, orang awam boleh merujuk kepada pautan laman rasmi LHDN untuk perincian seterusnya di LHDN Malaysia.