Artikel

U Mobile, Qualcomm Teroka Kerjasama – Tingkatkan Pengalaman Pengguna Melalui Runcit Pintar

Adanya sokongan teknologi pada sektor peruncitan, sudah pasti ini akan memberi pemacuan yang tinggi kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Menyedari kepentingan itu, U Mobile bersama Qualcomm Technologies kini telah mengumumkan kerjasama mereka meneroka meningkatkan sektor tersebut melalui pembangunan penyelesaian Peruncitan Pintar.

Melalui penyelesaian itu ia secara langsung akan meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan dan memudahkan aliran operasi bahagian runcit menjadi lebih cekap. Misalnya, peruncit boleh memperibadikan pengalaman membeli-belah mengikut profil pelanggan, menjadikannya lebih mudah bagi pembeli untuk mencari produk di dalam kedai.

Malah dapat melaksanakan interaksi bersama pelanggan semasa mereka membeli-belah melalui Realiti Terimbuh (AR) dan Perkhidmatan Berdasarkan Lokasi (LBS). 

Ini antara produk penyelesaian peruncitan pintar yang di pratonton adalah seperti Troli Membeli-Belah Pintar, Pelabelan Rak Elektronik serta Kenderaan Berpandu Elektrik (E-AGV).

Troli Membeli-Belah Pintar

Melalui troli membeli-belah pintar ini ia membolehkan para pelanggan mengimbas kod bar produk semasa melaksanakan pembelian di cawangan runcit. Matlamat penyelesaian ini adalah untuk memudahkan pengguna tanpa perlu beratur di kedai fizikal. Malah para pengguna boleh membayar terus pembelian barangan mereka menggunakan imbasan kad kredit, debit atau melalui dompet digital.

Pelabelan Rak Elektronik

Melalui sokongan pelabelan rak elektronik ini, ia tidak sekadar memudahkan pengguna melihat tanda harga secara tersusun tetapi meningkatkan kecekapan operasi buat para peruncit. Di mana melalui pemaparan e-kertas mikro ia membenarkan peruncit mengautomasikan pelabelan, tanda harga, maklumat produk serta promosi secara masa-nyata.

Kenderaan Berpandu Elektrik – E-AGV

Penyertaan E-AGV ialah perkhidmatan kenderaan tanpa pemandu yang berperanan mengangkut barangan kepada pengguna. Malah ia tuga akan berfungsi selalu jurujual di dalam persekitaran kedai fizikal. Ini bermakna para pengguna turut dapat membeli secara terus pada perkhidmatan ini. Ia bergantung atas jualan produk yang diketengahkan dalam kenderaan tersebut.