Artikel

Bank Dunia Menurunkan Sasaran KDNK Malaysia Kepada 4.2% – Bagi Tahun 2023

Bank Dunia pada semakan baharu memperlihatkan perubahan ke atas jangkaan pada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Di mana pada tahun hadapan iaitu tahun 2023, pertumbuhan Malaysia telah diturunkan kepada 4.2% – tidak lagi 4.5% seperti yang disasarkan sebelum ini.

Meskipun begitu, Malaysia masih memiliki potensi baik – apabila jangkaan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini 2022, disasarkan meningkat kepada 6.4% berbanding 5.5% unjuran sebelumnya.

Peningkatan paras Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang meningkat pada tahun ini dilihat telah didorong hasil penggunaan domestik dan pertumbuhan eksport negara yang semakin kukuh. Khususnya pada aliran sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta sektor komoditi.

Selain pengukuhan tersebut, sektor perkhidmatan Malaysia juga secara berterusan memaparkan prestasi yang baik. Ini membawa pulangan yang tinggi pada industri negara.