Artikel

Ringgit Kekal Menyusut, Catat Paras Terendah

Berdasarkan sentimen pasaran semasa, Ringgit dilihat terus mengulangi prestasi yang sama apabila menyusut, di buka rendah pada urus niaga hari ini (27 September) berbanding nilai dolar Amerika Syarikat (AS) yang terus mengukuh.

Jam 9 pagi memaparkan nilai mata wang negara telah jatuh kepada 4.6045/6085 berbanding dolar AS daripada 4.6030/6045 semalam.

Persekitaran ini didorong hasil agresif dasar monetari AS dengan kenaikan kadar faedah perbendaharaannya baru-baru ini. Tambahan peralihan pelabur turut meningkatkan lagi penyusutan sedemikian.

Manakala tindakan niaga Ringgit pula pada laporan Bernama – memperlihatkan nilai mata wang negara meningkat berbanding Euro kepada 4.4364/4403 daripada 4.4405/4420 dan tinggi berbanding Yen Jepun kepada 3.1876/1908 daripada 3.1950/1965.

Namun nilai menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.2087/2117 daripada 3.2054/2069 dan lemah berbanding pound Britain menjadi 4.9600/9643 berbanding 4.9197/9213 pada penutup Isnin lalu.