Artikel

Sekitar 200 Bas Elektrik Dijangka Beroperasi Di Malaysia – Menjelang Suku Ketiga 2023

Penerapan kenderaan elektrik dalam pasaran Malaysia kini dilihat semakin meluas, memahami peluang itu – dijangka mulai suku ketiga tahun 2023, Malaysia akan memperlihatkan terdapat 200 bas elektrik beroperasi di perkhidmatan jalan raya.

Langkah itu mengikut laporan akan dilaksanakan melalui Gemilang International, pengeluar bas dan badan bas – di mana pihaknya telah mengemukakan Surat Hasrat (LOI) untuk membeli 200 unit bas elektrik daripada syarikat usahasama (JV) Computer Forms dan Energy Absolute Public Company.

Walaupun usahasama bersama Go Electric Automotive (GEA) ini masih diperingkat perundingan akhir, pemain industri terlibat menyasarkan melalui kemasukan unit elektrik tersebut ini dapat disepadukan dengan inisiatif pentadbiran negara untuk mengembangkan industri EV negara.