Astro Malaysia Holdings Berhad mengumumkan bahawa Euan Daryl Smith, kini dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu Astro. Lantikan tersebut secara langsung menggantikan kedudukan penaung sebelumnya iaitu Henry Tan Poh Hock.
Ini bermakna Euan bakal memikul tanggungjawab CEO kumpulan mulai 1 Februari 2023 kelak, sejurus Tan menamatkan tugasnya pada 31 Januari 2023 nanti.
Buat pengetahuan umum, sebelum ini Euan telah dilantikan selaku Ketua Pegawai Eksekutif Televisyen dan COO Kumpulan pada awal April 2020 lalu.
Menerusi penyertaannya, lembaga pengarah Astro berkeyakinan – Euan berupaya mengubah dan menerajui operasi Astro dengan lebih kukuh melalui pendekatan perniagaan yang berbeza selain disasarkan dapat meluaskan jejak jenama media ke pasaran yang lebih luas.