Dalam usaha melandaikan isu jenayah siber yang semakin meruncing di Malaysia – Bank Negara Malaysia (BNM) kini turut mengeluarkan arahan, memerlukan institusi bank menyediakan talian hotline khusus buat para pengguna.
Adanya penetapan saluran talian khas tersebut, ia akan mengalakkan para pelanggan melakukan aduan secara terus berhubung aktiviti penipuan kewangan yang didepani mereka kepada pihak perbankan.
Selain itu, institusi kewangan turut dikehendaki untuk menyelaraskan langkah-langkah pemulihan dana dan kawalan – ini termasuklah bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan kerugian kewangan mangsa scam selanjutnya tidak akan berlaku.
Tidak hanya itu, pihak bank juga dikenhendaki sediakan cara yang mudah untuk para pelanggan menggantungkan akaun bank merekasa secara mudah sekiranya didapati terlibat dengan aktiviti scam dan kemudannya membenarkan pengguna mengaktifkan semula akaun tersebut dalam tempoh yang tidak lama.
Meskipun akui kaedah pembaharuan dalam aturan keselamatan kewangan ini merumitkan, namun BNM melihat usaha ini sebahagian daripada langkah kesejahteraan yang wajar dilaksanakan semua pihak.