Artikel

Bank Akan Laksana Tempoh Bertenang Buat Pendaftaran Akaun Bank Kali Pertama – Hindari Isu Scam

Tempoh bertenang atau cooling-off period adalah antara kaedah yang akan diterapkan oleh seluruh institusi kewangan bank negara untuk menjamin keselamatan data pengguna Malaysia terus terpelihara.

Mengikut makluman Bank Negara Malaysia (BNM), langkah tempoh bertenang akan dilaksanakan untuk pengguna pendaftaran kali pertama bagi perkhidmatan perbankan atas talian atau peranti yang selamat (secure device).

Menerusi usaha ini, dalam tempoh tersebut sebarang aktiviti perbankan atas talian tidak dapat dilakukan dan ditangguhkan sementara. Ini secara langsung memberi ruang kepada para pengguna untuk menghindari sebarang gejala jenayah siber.

Melalui insiatif tersebut sekaligus akan meningkatkan keselamatan saluran transaksi pengguna dengan kawalan yang lebih teratur.

Selain usaha itu, orang awam turut ingatkan untuk sentiasa memaklumkan sebarang aktiviti curiga pada Pusat Maklum-Balas Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di talian 03-2610 1559/1599 atau BNMTELELINK melalui talian1-300-88-5465.