Artikel

Petronas Dan KWAP Melabur Pada Syarikat Dron Malaysia, Aerodyne

Petronas Venture kini mengetuai pelaburan berjumlah $30 juta ke syarikat dron tempatan, iaitu Aerodyne. Selain Petronas, pelaburan kali ini juga turut disertai oleh KWAP (Kumpulan Wang Persaraan).

Pelaburan ini dijangka akan digunakan oleh Aerodyne dalam terus memperluaskan perkhidmatan dan penawaran mereka lebih luas, disamping turut menyokong pembangunan teknologi baharu.

Aerodyne sedia menawarkan sejumlah perkhidmatan menggunakan dron, termasuk penyelesaian pertanian dilengkapi sokongan AI, selain utnuk pemantauan, dan turut digunakan untuk operasi minyak dan gas.

Dengan potensi dron yang lebih meluas, termasuk untuk logistik dan sebagainya, potensi untuk syarikat Aerodyne dilihat lebih besar dalam tahun-tahun akan datang.