Artikel

BNM Arah Bank Beralih Daripada Guna OTP Ke Sistem Pengesahan Lebih Kukuh

Bank Negara Malaysia (BNM), kini mempergiatkan usaha pengurusannya menangani peningkatan jenayah siber di Malaysia – apabila mula mengeluarkan arahan kepada institusi bank untuk menggantikan kaedah pengesahan identiti kepada pengguna.

Arahan tersebut pada kenyataan BNM menuntut pihak bank beralih daripada penghantaran kata laluan sekali sahaja (OTP) yang dilaksanakan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) – bertukar kepada kaedah pengesahan yang lebih kukuh.

Peralihan ini secara terus akan meningkatkan kekebalan data pengguna bagi tindakan berkaitan seperti pembukaan akaun, pemindahan dana, pembayaran atau ketika melaksanakan pertukaran maklumat peribadi di bahagian tetapan bank.

Arahan peralihan kaedah pengesahan tersebut telah dilakukan oleh BNM, dan para pengguna akan menyaksikan pengukuhan pada penerapan kaedah pengesahan yang lebih kukuh dari semasa ke semasa pada perbankan terlibat.