Artikel

Harga Purata Sewa Rumah Bertingkat Tinggi Di Lembah Klang Naik – iProperty

Hartanah bagi kediaman bertingkat tinggi di Kuala Lumpur dan Selangor kini memaparkan kenaikan pertumbuhan harga purata sewa yang tertinggi – setakat 6 bulan pertama tahun 2022 ini.

Hasil pemerhatian iProperty itu melihat kenaikan ini seiring dengan peningkatan permintaan menyewa yang semakin rancak di kawasan Lembah Klang dengan 34% kenaikan carian menyewa di lokasi berkaitan direkodkan.

Pertumbuhan harga sewa yang memberangsangkan oleh beberapa hartanah terkemuka di Lembah Klang ini – secara lansung memberi petunjuk bahawa pasaran hartanah mempunyai keupayaan untuk pulih dari pasca pandemik.

Situasi ini sekaligus memberi keyakinan kepada pembeli dan pemaju yang ingin melabur dalam hartanah kediaman. Dan membuka peluang kepada pelabur hartanah yang kukuh dari segi kewangan untuk memanfaatkan potensi hartanah sewa yang ketika ini dilihat mulai menguntungkan.

Berikut adalah senarai hartanah kediaman bertingkat tinggi di Kuala Lumpur dan Selangor yang memaparkan peningkawa sewa tertinggi bagi 6 bulan pertama 2022: