Ekoran gejala jenayah siber yang semakin meruncing di Malaysia dengan peningkatan kes selama 3 tahun berturu-turut di mana melebihi 11,000 laporan berkaitan transaksi atas talian dicatatkan negara pada 2021.
Memahami kesulitan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika ini sedang mengkaji dan mempertimbangkan sedia lesen khas Peniagaan Atas Talian bagi melindungi rakyat Malaysia daripada lonjakan jenayah tersebut.
Inisiatif pelesenan baharu itu tersebut secara langsung akan melibatkan penelitian peraturan lesen perniagaan sedia ada ke arah pindaan.
Sementara menanti peundangan baharu tersebut dikuat kuasa – KPDNHEP ketika ini sedang giat meluaskan tindakan di bawah seksyen 2 Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 iaitu mewajibkan setiap perniagaan atas talian yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berdepan kesalahan dihukum penjaran semalam 2 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-dua sekali.
Menerusi penguatkuasaan tersebut, para peniaga diwajibkan memapar nama individu, perniagaan atau syarikat serta melampirkan nombor pendaftaran perniagaan, emel, nombor teleforn atau alamat perniagaan.
Termasuklah menyertakan perincian produk bersama harga, kos penghantaran, cukai serta caj lain.