Artikel

Bajet 2023 : Malaysia Perlu Galakkan Perniagaan Tempatan Manfaat Pekerja Ekonomi Gig

Meneliti keperluan pekerja ekonomi gig semakin meluas, Perbadanan Eknoomi Digital Malaysia (MDEC) melihat sektor sedemikian wajar diutamakan pengembangannya pada fokus Bajet 2023 kali ini.

Dengan langkah pemerkasaan seperti usul menyediakan insentif percukaian ke atas peniagaan tempatan yang menggunakan tenaga pekerja gig – ini secara langsung akan meluaskan sektor digital negara.

Mengikut pemerhatian MDEC, sekitar 1.12 juta individu negara terlibat dalam pelaksanaan model Ekonomi Gig negara. Melalui peluang tersebut ia berupaya menjadi sumber baharu penjanaan pertumbuhan Malaysia.

Setakat data 2016-2021, pendapatan berjumlah RM2.86 bilion telah berjaya diraih pekerja gig dalam sektor tersebut dan disasarkan menjelang tahun 2025 sektor ini berpotensi berkembang dengan nilai sehingga RM650 juta.