Artikel

50% Penjawat Awam Di Malaysia, Tidak Mampu Beli Rumah – CUEPACS

Ternyata sekitar 50% penjawat awam daripada jumlah keseluruhan 1.62 juta penjawat awam didapati masih belum mampu membeli kediaman sendiri berikutan paras gaji minimum yang dilihat tidak memadai.

Tinjauan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada laporan ini secara langsung menzahirkan kegusaran pihak penjawat awam akan sasaran pentadbiran untuk mencapai status pendapatan selesa sebanyak RM10,000 sebulan bagi isi rumah menjelang tahun 2025 kelak.

Untuk makluman, setakat ini paras gaji minimum bagi lantikan baharu – meliputi faedah dan imbuhan yang disediakan adalah menghampiri nilai RM1,900 – namun angka tersebut masih tidak memadai.

Menerusi usul kenaikan tersebut, ia secara langsung akan meningkatkan kuasa beli penjawat awam dan mampu menggalaskan komitmen seperti perbelanjaan di bandar dan memenuhi tuntutan pembelian unit rumah mengikut kemampuan mereka.