Artikel

Tinder Buka Reruai SwipeMart – Sasar Lonjakan Pengguna Aplikasi Secara Fizikal

Tinder, aplikasi sosial global kini mula mempelbagaikan strategi pemasaran jenamanya – apabila mula membuka reruai SwipeMart di lokasi terpilih.

Pembabitan Tinder melalui kemunculan konsep kedai serbaneka secara sementara ini – secara langsung akan meningkatkan penyertaan pengguna pada aplikasinya menerusi pendekatan fizikal.

SwipeMart pada laporan dilihat menawarkan pelbagai akses ganjaran percuma – seperti membekalkan makanan dan minuman original dari jenama Tinder bersama ruang bersosial yang membolehkan para pengguna mengambil gambar dan merekod video untuk melengkapkan profik akaun mereka.

Akan tetapi akses sedemikian hanya dibenarkan kemasukan bagi pengguna yang telah berdaftar dan memuat-turun aplikasi Tinder sahaja.

Melalui kriteria tersebut ia secara jelas memperlihatkan pendekatan Tinder dalam meningkatkan penyertaan pengguna mereka pada aplikasi.